Pages

test1

test1
Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel:09-7483269 Fax:09-7484269

Monday 20 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 H

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah diadakan secara besar-besaran pada tahun ini hasil gabungan dan persepakatan bersama 3 pemimpin sekolah iaitu:
   SK Sultan Ismail 2
   SRJK(C) Pier Chih
   SMK Dato' Ahmad Maher
Perarakan bersama bermula pada jam 8.00 pagi di padang SMK Dato' Ahmad Maher.

Ini adalah hasil cetusan idea YDP PIBG, Tn Hj. Shukri bin Salleh, Timbalan Rector ,UITM, Machang yang kebetulannya SKSI2 dan SMK Dato' Ahmad Mahir berkongsi YDP, PIBG yang sama. SRJK (C) Pier Chih juga turut dijemput untuk turut serta dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.

Bersesuaian dengan Tema "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"amat tepat sekali kerana dengan  gabungan 3 buah sekolah ini, kami dapat bersatu mewujudkan perpaduan dan 1 Malaysia
Guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah juga turut mengambil bahad=gian dalam perarakan tersebut.






2





Pertandingan Sepanduk dan perarakan antara kelas juga diadakan..Selepas perarakan ,Kedua-dua sekolah Rendah Sultan Ismail 2 dan SRJK (C) Pier Chih  mengikuti Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Mohammad Bin Hj. Deraman di Dewan SK Sultan Ismail 2.




Sunday 19 February 2012

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG












Tema bagi Guru Penyayang 2012 ialah "Kecaknaan Teras Kecemerlangan."

Rasional
*Pemasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi membantu mereka dan menggunakan kaedah serta pendekatan yang terkini supaya disukai oleh murid tersebut.
*Generasi murid hari ini yang terdiri dari generasi Y dan Z yang unik dimana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.




Objektif
*Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
*Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
*Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
*Menyedari bahawa setiap murid adalah aset penting kepada sekolah.
*Menjiwai amalan penyayang dan menginsafi bahawa kehadiran murid adalah rahmat kepada sekolah.
*Menghargai sumbangan murid, ibubapa komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Pengisian/ aktiviti
*Mengalu-alukan kehadiran murid
*Pelaksanaan Program Mentor-mentee.
*Memberi penghargaan kepada murid berdasarkan :
   - Tarikh Lahir
   - Pencapaian dalam UBB/Peperiksaan
   - Pencapaian dalam bidang Kokurikulum
   - Pemerhatian atas sahsiah terpuji murid



PROGRAM SEKOLAH ANGKAT BSN

Ceramah dan kempen menabung telah disampaikan oleh Pn. Norliati Bahagian Pendidikan BSN. Kami amat bertuah dan bersyukur ke hadrat illahi kerana SK Sultan Ismail 2 telah terpilih menjadi sekolah angkat BSN pada tahun ini. TERIMA KASIH BSN. Dengan ini kami dapat mendidik serta menggalakkan tabiat berjimat cermat dan suka simpan wang dikalangan generasi muda.



Sunday 5 February 2012

Perjumpaan dengan ibu bapa murid-murid Tahun 6 -Kecemerlangan UPSR 2012

Dalam Program Kecemerlangan UPSR 2012, murid-murid telah dibahagikan kepada 3 kumpulan berdasarkan TOV Tahun 5 mereka pada UPAT 2011 :
1. Kumpulan Gemilang   (17 Jan. 2012)
2. Kumpulan Cemerlang (18 Jan. 2012)
3. Kumpulan Harapan.   (29 Jan. 2012)
Perjumpaan telah diadakan mengikut kumpulan masing-masing. Ibu bapa/ Penjaga dijemput hadir bersama murid-murid untuk menandatangani  Surat Akujanji.




Pihak sekolah, Ibu bapa dan murid merupakan 3 tungku utama dalam mempertingkatkan kecemerlangan anak-anak.Anak adalah amanah Allah dan khazanah yang tidak ternilai jika dibandingkan dengan lain-lain di dunia ini, maka ia perlu dijaga dan diurus dengan sebaik mungkin.
Pihak sekolah telah memberanikan diri untuk meletakkan 21 orang 5A sebagai target Tahun ini dan kelulusan am 97.5 %
Insya Allah.












Perjumpaan Professional dengan Guru-guru

Perjumpaan Professional dengan semua guru dan kakitangan sekolah diadakan di bilik Gerakan SKSI2 pada hari Rabu 1.2.2012 dengan bacaan Surah Ummul Kitab "Al- Fatihah.". Guru Besar menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2012 yang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan kepada semua guru SKSI2.
Diantara pengisiannya ialah :
1. Analisis peperiksaan UPSR 2011- Syukur Alhamdullillah, kami amat berbangga dengan pencapaian SKSI2 kerana dapat berada dalam pencapaian 20 buah sekolah teratas di Kelantan.Tahniah dan syabas kepada seluruh warga pengajar dan murid-murid yang terlibat.
2. Pencapaian / Kejayaan peringkat Kebangsaan bagi unit Kokurikulum.
3. Isu -Pegajaran dari Tahun 2011.
4. Persiapan Tahun 2012.
5. Pelaksanaan Guru Penyayang.
6. Hala Kerja JPN : Aliran Kerja P&P.
7. Laporan Jemaah Nazir.
8. Mutu P&P kayu ukur Kecemerlangan.
Beberapa perkara lain yang turut diperlukan untuk tindakan segera :
i.  Kemaskini buku cadangan mengajar serta jadual kedatangan dan penghantarannya ialah pada 6.2.2012.
ii.  Kemaskinikan semua maklumat disemua papan kenyataan, bilik Gerakan dan bilik-bilik khas.
iii. Bilik-bilik darjah hendaklah dilengkapi dengan bahan P&P dan sediakan sudut-sudut pembelajaran.
iv. Pemeriksaan buku tulis oleh pihak pentadbir bermula 6.2.2012.
v.  Pemantauan dan pencerapan P&P guru.
vi. Kemaskini fail-fail dan minit mesyuarat kali 1.
vii.Pastikan setiap bilik-bilik khas ada jadual.
Akhir sekali Guru Besar menyampaikan surat pelantikan guru-guru bagi pengurusan Tahun 2012.
Ucapan Syabas ditujukan kepada semua guru diatas pelantikan tersebut dan mengharapkan semua guru dapat bekerja dalam keadaan yang menyeronokkan serta mengamalkan prinsip X-plus.

Majlis ditangguhkan dengan surah Al-Asr








Saturday 4 February 2012

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2 ditubuhkan pada 1961. Ia mengambil sempena nama KDYMM Sultan Ismail Ibni Al Marhum Sultan Muhammad 1V yang memerintah Kelantan pada Tahun 1921-1944. Sekolah ini adalah pecahan daripada SK Sultan Ismail 1. Bangunan yang digunakan ialah berkongsi dengan SK Sultan Ismail 1 iaitu di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Jalan Telipot sekarang ini.

Pada 1hb Januari 1962 bersama dengan SK Sultan Ismail 1 telah berpindah dan berkongsi bangunan baru di Batu 2 Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Di sini juga terpaksa bergilir dengan SK Sultan Ismail 1 belajar bergilir-gilir sesi pagi dan berikutnya sesi petang.

Hanya pada 1hb Januari 1987, SK Sultan Ismail 2 telah mempunyai bangunan baru yang diduduki sekarang ini di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.

Memiliki bangunan sendiri tanpa berkongsi dengan sekolah lain. Ia hanya kekal selama 6 tahun sahaja. Pada Disember 1992, SK Sultan Ismail 2 dipecahkan dua dengan mewujudkan SK Sultan Ismail 4.
Sekolah yang baru ini juga menggunakan bangunan yang sama di Jalan Long Yunus.

Pada tahun 2003, barulah SK Sultan Ismail 2, berdiri sendiri tanpa berkongsi dengan sekolah lain hingga sekarang.