Pages

test1

test1
Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel:09-7483269 Fax:09-7484269

Sunday 5 February 2012

Perjumpaan Professional dengan Guru-guru

Perjumpaan Professional dengan semua guru dan kakitangan sekolah diadakan di bilik Gerakan SKSI2 pada hari Rabu 1.2.2012 dengan bacaan Surah Ummul Kitab "Al- Fatihah.". Guru Besar menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2012 yang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan kepada semua guru SKSI2.
Diantara pengisiannya ialah :
1. Analisis peperiksaan UPSR 2011- Syukur Alhamdullillah, kami amat berbangga dengan pencapaian SKSI2 kerana dapat berada dalam pencapaian 20 buah sekolah teratas di Kelantan.Tahniah dan syabas kepada seluruh warga pengajar dan murid-murid yang terlibat.
2. Pencapaian / Kejayaan peringkat Kebangsaan bagi unit Kokurikulum.
3. Isu -Pegajaran dari Tahun 2011.
4. Persiapan Tahun 2012.
5. Pelaksanaan Guru Penyayang.
6. Hala Kerja JPN : Aliran Kerja P&P.
7. Laporan Jemaah Nazir.
8. Mutu P&P kayu ukur Kecemerlangan.
Beberapa perkara lain yang turut diperlukan untuk tindakan segera :
i.  Kemaskini buku cadangan mengajar serta jadual kedatangan dan penghantarannya ialah pada 6.2.2012.
ii.  Kemaskinikan semua maklumat disemua papan kenyataan, bilik Gerakan dan bilik-bilik khas.
iii. Bilik-bilik darjah hendaklah dilengkapi dengan bahan P&P dan sediakan sudut-sudut pembelajaran.
iv. Pemeriksaan buku tulis oleh pihak pentadbir bermula 6.2.2012.
v.  Pemantauan dan pencerapan P&P guru.
vi. Kemaskini fail-fail dan minit mesyuarat kali 1.
vii.Pastikan setiap bilik-bilik khas ada jadual.
Akhir sekali Guru Besar menyampaikan surat pelantikan guru-guru bagi pengurusan Tahun 2012.
Ucapan Syabas ditujukan kepada semua guru diatas pelantikan tersebut dan mengharapkan semua guru dapat bekerja dalam keadaan yang menyeronokkan serta mengamalkan prinsip X-plus.

Majlis ditangguhkan dengan surah Al-Asr








No comments:

Post a Comment