Pages

test1

test1
Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel:09-7483269 Fax:09-7484269

Saturday 4 February 2012

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2 ditubuhkan pada 1961. Ia mengambil sempena nama KDYMM Sultan Ismail Ibni Al Marhum Sultan Muhammad 1V yang memerintah Kelantan pada Tahun 1921-1944. Sekolah ini adalah pecahan daripada SK Sultan Ismail 1. Bangunan yang digunakan ialah berkongsi dengan SK Sultan Ismail 1 iaitu di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Jalan Telipot sekarang ini.

Pada 1hb Januari 1962 bersama dengan SK Sultan Ismail 1 telah berpindah dan berkongsi bangunan baru di Batu 2 Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Di sini juga terpaksa bergilir dengan SK Sultan Ismail 1 belajar bergilir-gilir sesi pagi dan berikutnya sesi petang.

Hanya pada 1hb Januari 1987, SK Sultan Ismail 2 telah mempunyai bangunan baru yang diduduki sekarang ini di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.

Memiliki bangunan sendiri tanpa berkongsi dengan sekolah lain. Ia hanya kekal selama 6 tahun sahaja. Pada Disember 1992, SK Sultan Ismail 2 dipecahkan dua dengan mewujudkan SK Sultan Ismail 4.
Sekolah yang baru ini juga menggunakan bangunan yang sama di Jalan Long Yunus.

Pada tahun 2003, barulah SK Sultan Ismail 2, berdiri sendiri tanpa berkongsi dengan sekolah lain hingga sekarang.

No comments:

Post a Comment