Pages

test1

test1
Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel:09-7483269 Fax:09-7484269

Friday, 29 March 2013

PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH


 
Pelantikan Pemimpin Muda telah dijalankan pada 25/2/2013 dengan menjemput pihak Polis untuk menyampaikan ceramah dan merasmikan majlis Pelantikan Pemimpin Muda bagi Tahun 2013.
 Pihak Sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak Polis.

HASIL INOVASI SK SULTAN ISMAIL 2 UNTUK MENYERONOKKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PETI PINTAR EJAAN
 (Hak cipta terpelihara)
Peti Pintar Ejaan ini dicipta oleh Guru Pemulihan, Pn Hjh. Noriah Ismail setelah dicetuskan idea oleh Guru Besar, Hjh. Norlin untuk menimbulkan minat kepada murid yang agak lembat, seronok belajar dengan menggunakan alat ini.

ROBOT e-Q Lin
(Hak cipta Terpelihara)
Robot e-Q Lin (2012) dicipta sendiri oleh Hjh. Norlin, Guru Besar SK Sultan Ismail 2 (Guru inovatif 2002 , 2005) bersama anak, (Eqbal) dan suami.
"e-Q Lin" adalah sebuah robot yang dicipta khas bertujuan untuk mendapat tumpuan dan menarik minat murid semasa PdP bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris khasnya dan juga untuk mata pelajaran lain amnya. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai gimik kepada program-program khas sekolah.
Syukur, Alhamdullillah.

BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN
(Hak cipta Terpelihara)
Bunga Raya Gergasi ini juga satu lagi hasil ciptaan Guru Besar bersama suaminya yang kebetulan bekas guru cemerlang/ Jurulatih utama Kemahiran Hidup. Arca ini akan menjadi "MERCU TANDA"
sekolah SK Sultan Ismail 2.





Wednesday, 27 March 2013

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI 2013





PROGRAM MOTIVASI IBUBAPA DAN MURID UPSR SKSI 2 2013


Program Motivasi ini amat berguna kepada semua pihak iaitu ibubapa. guru-guru dan juga murid-murid bagi memberi peringatan akan pentingnya pembacaan ayat suci Al- Quran dan doa sama ada dalam kehidupan harian ataupun bagi menghadapi ujian.Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn Ustaz Kamruddin diatas perkongsian beliau dengan SK Sultan Ismail 2


Friday, 22 March 2013

LDP UNTUK GURU DAN STAF SK SULTAN ISMAIL 2 2013



Seluruh warga SK Sultan Ismail 2 sedang mengikuti LDP  - sistem Pengurusan Fail yang disampaikan oleh Tn Hj Mohd Fadhil pada 26/12/ 2012 di Bilik Gerakan.Ini bertujuan untuk memantapkan guru-guru dan staf dalam penyediaan fail mengikut sistem yang betul.
Tahniah kepada semua guru yang dapat hadir ke program ini.