Pages

test1

test1
Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel:09-7483269 Fax:09-7484269

Wednesday, 4 July 2012

Aktiviti Persatuan Beruniform





























Aktiviti Persatuan Beruniform sebegini memberi pengalaman yang kekal dalam ingatan serta memberi ilmu yang bakal diadaptasi pada masa hadapan.

PROGRAM ANAK ANGKAT (MENTOR MENTEE)

Program anak angkat (yang dikenali dengan program Mentor mentee adalah salah satu program  kecemerlangan UPSR.
Dalam program ini semua murid Tahun 6 diberi ibu atau bapa angkat.


















Anak anak angkat ini perlu sentiasa berjumpa dengan ibu atau bapa angkat untuk mendapatkan nasihat, motivasi, bimbingan atau soalan-soalan yang boleh membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka.












Program MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris













Program MBMMBI ini telah diadakan pada 9 May 2012 di Dewan SK Sultan Ismail 2. Murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 terlibat secara langsung. Pengisian aktiviti amat menarik minat semua murid.Terima Kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa MBMMBI.

Program Walkaton D'Raja Kelantan 2012

Masa : 3.00 ptg
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV
Jarak : 7 Kilometer

 


Seramai 16 daripada 27 orang guru SK Sultan Ismail 2 telah menyertai program "Walk With Me 2012" bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan Kelantan.
Ucapan tahniah dan syabas daripada Guru Besar Pn. Hjh. Norlin kepada guru-guru yang telah mengambil bahagian. Komitmen anda disanjung tinggi.

Sunday, 6 May 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 2: PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SKSI 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 2: PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SKSI 2:
 Majlis Pelantikan Pemimpin Muda SK Sultan Ismail 2, Kota Bharu, telah dilaksanakan pada 03 Mac 2012 di Dewan SK Sultan Ismail 2.




Ucapan Aluan telah dismpaikan oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Norlin bt Hj. Othman.



 .

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua Pemimpin Muda yang telah dilantik iaitu. Pengawas, perpustakawan, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. Pemimpin inilah yang akan menjadi  mata dan telinga kepada pihak sekolah.  Pemimpin-pemimpin ini juga perlu menunjukkan contoh yang terbaik dan menjadi role model dalam semua segi seperti pencapaian akademik cemerlang, sahsiah

 yang terpuji dan kejayaan dalam bidang kokurikulum.







 Ketua Pengawas membaca ikrar dan diikuti oleh semua Pemimpin Muda




Ia telah dirasmikan oleh Pn. Syarifah Faridah Bt Syed Bulat, Penyelia Pelajaran Pengurusan Kemanusiaan (KoKurikulum) PPD, Kota Bharu.






Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Majlis Pelantikan  Pemimpin Muda 2012 terutama kepada seluruh Jawatan Kuasa. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Pn. Syarifah Faridah Syed Bulat,mewakili PPD Kota Bharu.

Biji selasih biji padi , Terima Kasih PPD .