Wednesday, 4 July 2012
PROGRAM ANAK ANGKAT (MENTOR MENTEE)
Dalam program ini semua murid Tahun 6 diberi ibu atau bapa angkat.
Anak anak angkat ini perlu sentiasa berjumpa dengan ibu atau bapa angkat untuk mendapatkan nasihat, motivasi, bimbingan atau soalan-soalan yang boleh membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka.
Program Walkaton D'Raja Kelantan 2012
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV
Jarak : 7 Kilometer
Seramai 16 daripada 27 orang guru SK Sultan Ismail 2 telah menyertai program "Walk With Me 2012" bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan Kelantan.
Ucapan tahniah dan syabas daripada Guru Besar Pn. Hjh. Norlin kepada guru-guru yang telah mengambil bahagian. Komitmen anda disanjung tinggi.
Sunday, 6 May 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 2: PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SKSI 2
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 2: PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SKSI 2:
Majlis Pelantikan Pemimpin Muda SK Sultan Ismail 2, Kota Bharu, telah dilaksanakan pada 03 Mac 2012 di Dewan SK Sultan Ismail 2.
Ucapan Aluan telah dismpaikan oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Norlin bt Hj. Othman.
.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua Pemimpin Muda yang telah dilantik iaitu. Pengawas, perpustakawan, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah. Pemimpin inilah yang akan menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah. Pemimpin-pemimpin ini juga perlu menunjukkan contoh yang terbaik dan menjadi role model dalam semua segi seperti pencapaian akademik cemerlang, sahsiah
yang terpuji dan kejayaan dalam bidang kokurikulum.
Ketua Pengawas membaca ikrar dan diikuti oleh semua Pemimpin Muda
Ia telah dirasmikan oleh Pn. Syarifah Faridah Bt Syed Bulat, Penyelia Pelajaran Pengurusan Kemanusiaan (KoKurikulum) PPD, Kota Bharu.
Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Majlis Pelantikan Pemimpin Muda 2012 terutama kepada seluruh Jawatan Kuasa. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Pn. Syarifah Faridah Syed Bulat,mewakili PPD Kota Bharu.
Biji selasih biji padi , Terima Kasih PPD .

Saturday, 28 April 2012
Program Immersion
Guru Besar SK Sultan Ismail 2 ,Hjh. Norlin Othman selaku mantee, mendapat restu daripada mentor, Pn. Hjh. Zainora SK Zainab 1
Dari Kiri, Mantee daripada SK Melor,Pn Mimun Mantee SK Sultan Ismail 2, Mentor SK Zainab 1 dan mantee SK Pangkal Kalong, Pn Nik Sakinah.
Contoh Carta Organisasi yang baik mengikut cara yang betul.

Subscribe to:
Posts (Atom)